
Susun Rekod Servis Kereta Anda dengan Templat Header Resit Ini (Percuma!)
Pening dengan timbunan resit kereta yang berselerak? Sama ada anda mahu jejak pembaikan, servis, atau naik taraf, menyusun dengan teratur boleh jimat masa, duit, dan elakkan sakit kepala di masa hadapan.
Untuk memudahkan, saya telah mereka satu Templat Header Resit Kereta dalam format PDF — ringkas tapi sangat berguna untuk menyusun semua dokumen berkaitan kereta anda. Anda boleh cetak, potong header dan guna sebagai pemisah atau label seksyen dalam fail servis kereta anda.
Apa Ada Dalam PDF Ini?
Templat ini mengandungi pelbagai header yang telah dikategorikan dengan kemas, merangkumi hampir semua perkara penting berkaitan kereta anda:
Accessories
Dash cam, penutup tempat duduk, filem penapis haba, pemegang telefon, dan aksesori tambahan lain.
Car Wash & Detailing
Cucian luaran/dalaman, waxing, penggilapan, dan salutan seramik.
Services / Maintenance
Kerja penyelenggaraan seperti tukar minyak, ganti penapis, dan servis penghawa dingin.
Tyres & Wheels
Pembelian tayar, putaran tayar, penjajaran, dan imbangan.
Repairs
Baiki bahagian rosak, isu elektrik, dan kerja pembaikan badan selepas kemalangan.
Battery
Penggantian bateri atau servis cas semula.
Road Tax & Insurance
Pembaharuan tahunan dan caj berkaitan atau dokumen insurans.
Fuel (optional)
Berguna jika anda ingin jejak penggunaan dan kos bahan api dari semasa ke semasa.
Modifications / Upgrades
Ubah suai prestasi, kerja cat khas, penambahbaikan suspensi, dan sebagainya.
Toll / Parking (optional)
Untuk jejak tambah nilai TnG, bayaran tempat letak kereta, dan perbelanjaan berkaitan.
Windscreen / Windows
Servis tint, penggantian cermin depan/tingkap, atau tuntutan insurans.
Inspection & Puspakom
Dokumen berkaitan pemeriksaan wajib atau pemeriksaan PUSPAKOM.
Klik di sini untuk muat turun PDF Header Resit Kereta
Ia adalah alat kecil yang boleh dicetak, tetapi memberi impak besar — terutamanya bila anda perlu cari dokumen dengan cepat atau sediakan fail untuk jualan semula atau pemeriksaan.
Jika anda rasa templat ini berguna dan ingin sokong usaha saya, anda boleh belanja saya kopi di sini — pilihan sepenuhnya di tangan anda, dan sangat saya hargai! ☕🙂
Cara Hubungi
-
Email